XI TPM-3 STMK BLITAR

Selasa, 27 September 2011

Kata Terahir Darimu Adalah Is love u

3.05 petang, hari ini kerja di office tidak banyak. Semuanya telah aku bereskan di awal pagi tadi. Sekarang ini aku hanya menunggu kerja yang akan diberikan. Sementara menunggu kerja yang datang aku menghabiskan masa terluang aku dengan membaca cerpen di penulisanu2. Penulis-penulis cerpen diruangan blog penulisanu2 nie hebat-hebat belaka bisik hatiku. Setelah habis aku membaca satu demi satu cerpen diruangan blog ini, aku menyandarkan badanku dikerusi. Masih belum ada kerja yang diberikan mengomelku seorang. Pandanganku beralih ke kalender yang terletak di mejaku. 8 haribulan ini hari lahir Meqna. Meqna merupakan kawan baik aku ketika aku menuntut di Universiti dulu. Tiba-tiba kenangan aku ketika diploma mengimbau kembali dalam anganku dan satu nama yang aku takkan lupakn juga turut menyingah dalam ingatanku, Mohd Adrian Mohd Adam

Hadirnya tanpa dipinta, perginya juga tanpaku direla. Mohd Adrian Mohd Adam

atau Rian, nama yang aku takkan lupakan sepanjang hidupku. Pengenalan bersamanya berbeza dengan pengenalan aku bersama teman-teman yang lain. Pengenlan aku dengan dia bermula ketika aku di cuti semester 3. Ketika itu aku berada dirumah, tiba-tiba tit..tit.. bunyi message telefonku berbunyi. Lalu aku mencapai hansetku dan membuka pesanan ringkas yang ku terima. " Aiii..boleh berkenalan ".. Aiik siapa ni bisik hati ku, yang tidak mengenal pengirim yang mengirim pesanan ringkas kepadaku kerana nombor yang terpapar juga tidak ada dalam senarai di dalam hanset ku. " Sapew niew??"..balasku lalu menekan terus butang send. Pada masa itu dia memperkenalkan dirinya sebagai Rizky yang kononya budak FSPU dan mengenali diriku melalui seorang kawannya budak Masscom yang juga kononya kawan kepada aku juga yang sama kolej dengan ku iaitu di Puncak Perdana. Sedangkan kalau nak diikutkan pada masa itu aku langsung tidak mempunyai kawan dari budak Masscom. Pelbagai alasan yang diberikan dan pelbagai juga soalan yang aku ajukan kepadanya untuk mendapat kepastian dari mana dia boleh mendapatkan nombor telefonku, juga nama penuhku serta tempat aku tinggal. Pada malam itu aku tidak sunyi kerana sepanjang malam itu kami bermessage. Akhirnya selepas bertalu-talu aku menanyakan pertanyaan akhirnya message terakhirku tidak dibalasnya. Pada malam itu banyak persoalan bermain difikiranku. Siapa budak niew??


Selepas message terakhir yang aku berikan kepadanya tidak dibalas, sejak dari itu aku tidak menerima apa-apa kiriman sms daripadanya. Namun pada malam itu selepas sebulan lebih tanpa kiriman sms darinya, aku yang tidak tahu mengapa gatal-gatal menghantar sms ringkas gud nite kat dia. Tanpaku duga dia membalas dengan picture message gud nite. Entah mengapa aku tidak meleret-leretkan lagi hanya sekadar message gud nite sahaja begitu juga dia.

Semester 4, aku yang baring diatas katil memandang kosong syiling diatas aku. Perasan ketika aku mula masuk semester baru tidak begitu seronok ini kerana aku terpaksa ditukarkan rumah. aku tidak lagi duduk bersama kakak-kakak yang sudah biasa dengan diriku selama setahun setengah. Namun aku tetap bersyukur kerana kau masih ditempatkan bersama kawan-kawan yang sama sekelas dengan diriku serta bebarapa pelajar yang lain yang belum aku mengenali. Aku mencapai hansetku. Nak message siapa niew??. Entah mengapa pada malam hari pertama aku disemester baru itu aku berasa sunyi sekali. Aku menekan-menekan hansetku, menaip apa yang aku rasa pada malam itu lalu aku tekan send dan nombor yang ku hantar adalah Rizky. Bisik hatiku buang tebiat ape aku niew..ehe..Tidak lama selepas itu tit..tit.. message dihansetku berbunyi menandakan ada message yang masuk. Laluku buka terpampang nama Rizky yang membalas message ku sebantar tadi. Tidak tahu mengapa aku yang tadinya berasa sunyi kini tidak lagi.

Sejak dari itu Rizky lah tempat ku bercerita dan tempat mengadu segala masalahku walaupun kami tidak pernah berjumpa. Sehinggalah pada saat itu dimana pada malam itu aku ade meeting bersama kumpulanku di mana kami perlu membuat projek akhir kami disemester 4. Setelah selesai meeting aku menghampiri Ezam. " Ezam brape nombor telefon Ezam? Nanti kalau apa-apa masalah Riana call Ezam. Lalu Ezam menyebut nombor telefonnya satu per-satu. Ketika aku khusyuk menekan butang hanset ku untuk menyalin nombor telefon Ezam. Aku seperti kenal nombor ini tapi arhhgg salin jewla bisik hatiku. Tiba-tiba Ezam gelak.." ahaha..itu nombor telefon Rian.."..Pap..aku tersentak baru aku perasan nombor yang diberikan oleh Ezam itu sama seperti nombor Rizky. Rian merupakan kawan Ezam yang paling rapat sekali. Mereka itu seperti adik beradik. Rupa mereka pun seakan-akan sama. Sejak pada malam itu lah aku mengetahui bahawa Rizky adalah Rian. Rian memang kawan aku namun kami tidak lah serapat mane. Kenal pun kenal-kenal macam itu sahaja. Namun sejak Rian menyamar jadi Rizky kami menjadi rapat dan sehingga sekarang aku masih tidak mengetahui mengapa Rian perlu menyamar sebagai Rizky. Sedang kan kami memang mengenali antara satu sama lain.

Keakraban kami mula dapat dihidu dikalangan kawan-kawan kami. Aku dan Rian belajar di Fakulti yang sama namun kami berlainan jabatan dan bidang sahaja. Aku dari Jabatan Skrin dalam bidang Penulisan Artistik, manakala Rian dari Jabatan Teater dalam bidang Pengurusan Seni. Dikalangan kawan-kawan yang rapat dengan Rian menyatakan bahawa Rian menyukai aku. Aku sahaja yang tidak percaya selagi ia tidak keluar sendiri dari mulut Rian. Namun dari segi layanan Rian berikan kepada ku, aku seakan mengiyakan juga apa yang mereka nyatakan. Layanan Rianl terhadap aku tidak menghampakan dari pandangannya kepadaku, cara dia memanggil nama ku.." Riana..", berbeza dengan cara kawan-kawan lelaki yang lain memanggil nama ku. Mungkin kerana dia sudah menjadi seorang yang istemewa dalam hatiku. Sejak bila aku sendiri pun tidak tahu.

Sepanjang semester 4, 5 dan 6 banyak kenangan aku dengan dia. Kami pergi menonto wayang ketika waktu kami sedang praktikal, kami menonton cerita SEPI, dia bagi kat raya istemewa untukku yang masih ku simpan dengan rapi sehingga kini, kami berjalan dalam hujan ketika itu aku yang memayungi dia dengan payung, dia selalu datang kat gerai tempat aku bekerja part time di kolej serta turut membantuku jika ada kelapangan, disitu juga lah tempat dia bermanja mengada-ngada denganku..ade sahaja yang dia ingin suruhku buat untuknya, disitu jugalah dia selalu mencuri pandang aku,.Bisik hatiku dia ingat aku tak perasan..ehe..Sepanjang itu juga lah aku tidak jemu menunggu dia mengucapkan perkataan love u kepada ku..

Hari yang ditunggu tanpa ku duga. Pada malam terakhir kami di semester akhir. Rian yang akan pulang dulu di rumahnya di Melaka. Ketika dia bersalam-salaman dengan rakan-rakannya untuk mengucapkan selamat tinggal sempat juga dia berteriak dekat aku " Riana yang last sekali" pintanya yang mahu aku menjadi orang yang terakhir bersalaman dengannya pada malam itu. Saat itu perasaan sayu menyusuk dilubok hatiku. " Ok Riana plak " jeritnya. Kami bersalaman, dia mengengam erat tanganku begitu juga aku. " Mintak maaf jika ada salah silap " katanya. " Sama lah kita " sahutku.. "Jaga diri baik-baik " pintaku padanya..Akhir sekali dia mencium tanganku dan menyatakan Love U..Itulah kata terakhir yang dia berikan kepadaku..perkataan yang aku tunggu selama ini dan kini dia telah meluahkannya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu..Namun segala rase bahagiaku terhenti disitu. Rian mendiamkan diri setelah lafaz cinta diucapkan. Aku tergantung tak bertali selama itu. Sehingga aku sambung pengajianku diperingkat Ijazah, Rian menghantar pesanan ringkas dengan menyatakan yang dia hanya mahu kami menjadi kawan sahaja. Tanpa banyak soal aku menerimanya dengan redha. Sehingga kini aku tidak tahu apa salah aku padanya. Rian hanya memberi alasan yang dia perlu memikirkan banyak perkara tentang kakaknya serta masa depanya kelak, dia belum bersedia lagi untuk bercinta. Dia tinggalkan aku sendirian.

Kini aku dan Rian kekal sebagai kawan. Janji kami " Kita kawan sampai mati ". Betul kata Aziz yang merupakan kawan baik ku. Mungkin tuhan lebih sayangkan ikatan persahabatan diantara kami. Namun satu kata terakhir yang tak akan aku lupakan dari Rian adalah Love u.

Tit..tit .bunyi hansetku mematikan lamunan ku, lalu ku terus mencapai hansetku yang berbunyi." i.. love.. u.." terdengar suara orang yang aku sayang kini di talian.

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda